" AMYLIA ISHAK "

AMYLIA ISHAK

Welcome to my WORLD


" Don't be the girl who needs a man. Be the girl a man needs "

We can chatting here

<




Doakan Amylia Cepat Sembuh Ye!}
Tuesday, 17 September 2013 | Tuesday, September 17, 2013 | 1Comment



ASSALAMUALAIKUM

Akhir-akhir ni, aku selalu sangat sakit dada. Tapi tak ada lah selalu sangat. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku sakit dada. Kadang-kadang tu , sakit dada depan belakang sampai nak bernafas pun tak boleh. Apa yang aku buat bila aku sakit dada? aku akan baring, nanti tertidur. Lepas bangun tidur je, sakitnya akan hilang.

Ada satu hari tu, aku kena sakit dada dekat sekolah. Ya Allah, peritnya tak tahu nak cakap macam mana, hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa. Bila aku bersandar dekat kerusi, mula lah sakit. Habis aku nak buat macam mana? Tak kan nak baring dekat atas meja kelas time cikgu mengajar? Nanti kena marah pula. Bila aku cakap dekat azira (classmate) yang aku sakit, dia suruh aku berehat, baring atas meja. Aku dah tak tahan sangat, aku pun baring je la. Time tu bulan puasa, so bila aku baring macamtu, budak lelaki dalam kelas ingatkan yang aku ... aku... err, nak kena bendera merah. Budak lelaki kelas aku memang suka menyibuk hal perempuan . *Sigh

Baru-baru ni pula, aku kena gatal-gatal dekat tangan. Mula-mula tu, taka da lah teruk sangat. Ada satu malam tu, mak belikan aku mee bandung (my favourite) . Dalam mee bandung tu ada ayam dan udang. Aku tak tahu pun yang aku tak boleh makan udang dan aku tak tahu pula yang aku kena gatal-gatal. So, aku bedal je la semua yang ada dalam mee tu sampai habis.

Bila nak tidur tu, aku rasa lain macam pula. Celah-celah jari aku rasa gatal yang teramat sangat. Tapi aku buat tak tahu je la. Bila pagi aku bangun , aku rasa jari tengah dan jari manis aku perit dan kebas. Aku try nak genggam tangan, tapi tak boleh. Rasa sakit. Aku cakap dekat mak dan aku tunjuk tangan aku yang sakit tu. Baru mak bagitahu yang rupa-rupanya aku kena gatal-gatal, so aku tak boleh makan ayam, udang, sotong. Maknanya aku tak boleh makan makanan laut lah. Dah lah semua tu aku suka makan. Ya Allah, ujian...

Semalam, aku pergi klinik. Doktor bagi ubat sapu, pil hilangkan gatal/selesema, dan antibiotik. Amylia ni kekurangan antibiotik sebenarnya. Doktor bagi dua papan antibiotik , doctor cakap pil tu kena habis dalam 1minggu. What?! Aku ni dah lah tak biasa makan ubat, last-last dapat ubat yang macam tu. Sangat menyeramkan bagi aku. Alhamdulillah, nasib lah ubat-ubat yang doktor tu bagi tak pahit sangat. Kalau ikutkan hati, nak je makan ubat dengan air manis. Hahahaha






Doakan tangan aku cepat sembuh ye! Bila tangan kanan dah sakit ni, banyak sangat benda yang susah nak dibuat. Lagi-lagi kalau time nak makan. Hahaha. Aku Cuma susah hati bila fikir macam mana aku nak menulis pakai pen bila nak genggam tangan pun tak boleh. Haish.. Nevermind, nothing to worry. Bye, xoxo , Amylia.