" AMYLIA ISHAK "

AMYLIA ISHAK

Welcome to my WORLD


" Don't be the girl who needs a man. Be the girl a man needs "

We can chatting here

<




PAKWA YANG ANNOYING}
Wednesday, 31 July 2013 | Wednesday, July 31, 2013 | 2Comment


ASSALAMUALAIKUM



Hi, bertemu lagi kita di dalam rancangan "Mamyliaaa" . Lol,  meleweh. Maafkan saya, maafkan saya.


So, berbalik kepada tittle di atas. Aku tetiba rasa nak senaraikan Perkara yang perempuan tak suka pakwa dia buat, ini semua berdasarkan pendapat aku lah kan. Kalau kau rasa salah... itu awak punya pasal lah :* hahaha. 

Antara ciri-cirinya ialah.....

1. MEROKOK.

Yes. Aku memang tak suka gila lelaki merokok tak kesah lah kau hisap rokok ke vapor ke shisha ke apa ke tapi aku memang tak suka. And aku pasti perempuan lain pun memang tak suka. 1stly sebab SAYANG kot... 2ndly sebab BUSUK. Aku memang tak tahan bau asap rokok. Bila bau rasa macam nak meradang je, serious. Third, sebab kebanyakkan lelaki pikir yang diorang dah cukup macho bila hisap rokok/ shisha. MACHOOO?! EIYUUUUUU , langsung tak. Pikir macho ahh bila dating, duduk sebelah awek lepastu badan bau asap rokok lepastu bila bercakap bau loji kumbahan? hahaha , yeayy! anda macho. Itu akan menjadi date yang pertama dan yang terakhir untuk anda.


2. MENCARUT DAN MELUCAH.

Ada ke perempuan dalam dunia ni yang suka pakwa dia melucah? cakap benda-benda yang bukan-bukan. Ohhh, ada-ada-ada. Bochiaa je ahh kot yang suka layan benda-benda macam tu. Hahaha. Dear girls, kalau baru-baru couple lagi pakwa korang dah start melucah, better BREAK. Dia couple dengan kau bukan sebab sayang, tapi barang. Pikir perempuan suka ke awak mencarut melucah segala? tarik halkum tu kang. Malu ah bila dapat pakwa yang macam ni. Ehh jap jap, bukan malu tapi GELI.


3. PANAS BARAN AND KUAT MAKI.

Buat salah sikit, kena marah. Buat salah sikit, kena maki hamun. Ehh ingat perempuan suka ke? . Kau siap maki hamun dia, babi sial bodoh semua keluar. Itu konghajor namanya . Cakap baik-baik pun boleh kan? . Boleh marah tapi jangan over. Senang cakap kalau dapat pakwa yang suka marah-marah kau, maki hamun kau yang parents kau sendiri tak pernah buat, better BREAK je lah. Kalau dia bagi alasan "saya marah-marah awak, maki-maki awak sebab saya sayang awak", kau balas kata-kata dia macam ni "orang utan pun tahulah beza antara orang sakit mental dengan orang yang sayang kita'' . Ayat dia memang tak kena, tapi apa aku pedulikkk. 


4. CONTACT AND BERBAIK DENGAN EX.

Siapa yang tak panas/ nyirap bila pakwa dia contact ex dia balik kan tak kira lah melalui mesej ke, FB ke, Twitter ke, WeChat ke kan? . Sebab apa? sebab awek kau takut yang kau akan jatuh cinta balik dekat ex kau and benda tu tak mustahil, serious talk. Aku pun perempuan and aku pun ada pakwa, so aku tahu ahhhh. Kau boleh kawan dengan siapa-siapa je perempuan yang kau suka, dengan syarat BERKAWAN!, jangan nak melebih. Tapi, jangan sesekali nak dekat-dekat balik dengan ex kau. Ohh and kadang-kadang, lelaki akan bagi alasan pada awek diorang yang dia cuma nak berkawan je dengan ex dia. Sebelum kau couple dengan ex kau, kau pun berkawan jugak kan dengan dia? lepas kawan apa ? scandal? . Kalau kau tak suka awek kau contact ex dia balik, kau pun tak patut buat benda yang sama :)

5. SERABAI.

Semua orang suka tengok benda yang cantik kan?. Lelaki suka tengok perempuan yang cantik-cantik juga kan? . Macam tu jugalah dengan perempuan . Cakap macam ni tak bermakna yang awek korang nak korang jadi cantik, pakai make up segala . Hadoii. Cukuplah sekadar jaga kebersihan diri and pandai bergaya sikit-sikit. Bukan nak suruh korang jadik Aiman Rahman yang bapak hensem kan, kalau dressup memang cair aku. Hahaha . Tapi tak kan lah nak keluar dating pakai baju berkedut seribu. Malu ahh . Korang suka ke tengok awek korang pakai baju yang layak dibuat kain buruk time dating dengan korang? absolutely not. Maybe korang rasa macam awek korang ok je bila keluar dengan korang yang serabai ni, tapi sebenarnya tak. Perempuan suka lelaki yang kemas, bergaya, bersih, teruna... Eh?! hahaha . So, pandai-pandai sendiri lah kan. 


Sebenarnya banyak lagi benda yang perempuan tak suka lelaki @ pakwa diorang buat, cuma aku malas nak senaraikan . Nanti lain kali aku senaraikan lagi ok? Kalau rajin la........ Hahahaha . So, aku dah malas nak taip. Byeeee :*