" AMYLIA ISHAK "

AMYLIA ISHAK

Welcome to my WORLD


" Don't be the girl who needs a man. Be the girl a man needs "

We can chatting here

<




Ceramah Motivasi with DR FAKHRUL RAZI HANAFIAH}
Friday, 5 July 2013 | Friday, July 05, 2013 | 0Comment


ASSALAMUALAIKUM



Hari ni 5 July 2013
Tak rugi aku pegi skolah hari nih. ALLAH S.W.T telah mempertemukan aku dengan seorang pakar motivasi yang membuatkan aku menangis dan mata hampir bengkak. Yang membuatkan aku tak pernah rasa menyesal yang teramat macam ni. yang membuatkan ego aku untuk tidak menangis runtuh .Yang membuatkan aku bangkit semula untuk berjuang . Yang membuatkan aku bersemangat untuk berjaya. Yang membuatkan aku percaya bahawa usaha yang gigih membuahkan hasil. Yang membuatkan aku sedar siapa aku sebenarnya. Yang membuatkan aku mengerti pengorbanan mak dan abah. Yang membuatkan aku ketawa. Yang membuatkan aku terpukau dengan aksi2 yang dilakukan. Yang membuatkan aku menutup muka ketakutan apabila mengeluarkan alatan yan tajam. Yang membuatkan aku bangkit dari kelemahan.......

Aku kagum sangat dengan Dr Fakhrul ni sebab dia berasal dari keluarga yang sangat miskin, lebih miskin dari aku tapi berkat kesungguhan dan ketabahan dan kesabarannya, akhirnya dia berjaya menjadi seorang insan yang disegani ramai. Kisah hidup dia memang menyentuh hati. Tak henti-henti air mata aku mengalir mase dengar dia cerita pasal keperitan hidupnya. Ayahnya kerja cari dan potong buluh pastu jual kat tauke cina. Dia pergi sekolah jalan kaki sembilan kilometer setiap hari. Kadang-kadang terpaksa ikat perut mase rehat sebab takde duit nak beli makanan tapi dia berjaya sampai ke tahap sekarang.


TERIMA KASIH AKU UCAPKAN. BERJUTA JUTA JUTA JUTA TERIMA KASIH
Kesyukuran yang tidak terhingga. Apa yang aku banggakan dengan DR.FAKHRUL RAZI HANAFIAH ni , 
1 . Beliau berjaya membuatkan para pelajar insaf dengan kesalahan diri sendiri.
2. jujur bila berbicara
3. tidak menggunakan mikrofon langsung ketika bercakap, sampaikan tekak dia berdarah.
4. kisah2 hidupnya yang banyak pengajaran sehinggakan mengalirkan air mata
5. pelajar2 tidak tidur dan bising dan bosan ketika beliau menyampaikan motivasi . 
6. Menjaga MARUAH diri


"ALLAH TAKKAN UBAH NASIB SESEORANG ITU KALAU KITA SENDIRI TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIB KITA" 

"BUAT LATIHAN BUAT LATIHAN BUAT LATIHAN BUAT LATIHAN KALAU  NAK BERJAYA"

"PAM PAM DAN PAM..LAGI BANYAK KITA PAM LAGI BANYAK MINYAK  YANG KITA DAPAT....USAHA USAHA DAN USAHA LAGI BANYAK KITA USAHA LAGI BANYAK "A" YANG KITA DAPAT"

"KALAU KITA USAHA INSYA-ALLAH...ALLAH PASTI AKAN BANTU KITA" 

"WAKTU SEKOLAH NI BELAJAR! JANGAN DOK BERCINTA..SEMUA TU HANYA SEMENTARA"