" AMYLIA ISHAK "

AMYLIA ISHAK

Welcome to my WORLD


" Don't be the girl who needs a man. Be the girl a man needs "

We can chatting here

<




Dia dibunuh?!}
Thursday, 31 January 2013 | Thursday, January 31, 2013 | 0Comment


Hari pertama.
15 Januari 2013.

Hari terakhir.
18 Januari 2013.


p/s: Cerita ini berlaku pada seseorang yang dekat dengan aku.

Pada jam 5:30 petang, arwah pergi ke Kulai dengan abang dia. Beberapa jam lepas tu, abang dia dah balik tapi arwah masih lagi belum-belum balik. Selalunya, arwah akan balik pada jam 12. Tapi, time tu arwah masih belum balik lagi. Pelik. Family diorang tunggu arwah balik sampai pukul 1. Mak arwah try call handphone dia tapi tak dapat. Sampailah esok harinya, arwah still tak dapat contact juga. Diorang terus buat laporan polis. Dan berdoa mudah-mudahan arwah akan balik pada hari itu....... Keesokkan harinya,  hari khamis. Adik arwah cerita dekat aku yang arwah masih belum balik lagi. Masuk haritu dah 3 hari dia hilang. Ada orang cakap , abang dia kena pukul. Tapi dia tak percaya. Dia nak juga cuba untuk cari abang dia. Dia cakap, dia dah buat laporan daripada hari pertama abang dia hilang tapi dah masuk 3 hari baru polis start cari abang dia. Kenapa jadi macam tu? . Adik arwah cakap, dah 3 hari abang dia hilang, dan 3 hari tu juga lah dia dengan mak dia tak makan. Tak ada selera makan mungkin. Dekat dalam kelas, adik arwah selalu termenung dan tiba-tiba dia akan menangis. Aku tahu dia sedih. Sikap adik arwah sejak kehilangan arwah sangat-sangat berubah. Dia dah tak banyak cakap. Tapi, sebelum balik sekolah. Suasana dalam kelas lain sangat. Semua orang dalam kelas nampak macam happy gila termasuklah adik arwah. Akhirnya, dapat juga aku tengok dia senyum. Senyuman manis macam selalu.  Pada hari jumaat, time baca yasin. Aku terperasan adik arwah kesat mata dan hidung dia tapi aku tak tahu pula yang dia menangis. Bila aku tengok muka dia, baru aku perasan yang dia menangis. Aku usap lembut badan dia. Aku tahu dia tengah sedih dan aku sebagai member dia, kena beri dia semangat. Apa-apa pun yang terjadi pada abang dia. Aku nak dia terima dengan reda. Pada haritu, adik arwah cakap yang dia macam malas pula nak balik rumah. Dan kebetulan, aku pun rasa benda yang sama dan aku sendiri tak tahu kenapa.......










Pada Hari yang sama, jumaat, 18 Januari. Mayat arwah telah dijumpai oleh seorang lelaki yang sedang memancing. Arwah tersangkut pada tebing sungai Johor. Keadannya sangat-sangat menyayat hati. Kaki dan tangannya diikat. Lehernya dikelar. Kepalanya dipukul menggunakan objek keras dan terdapat darah beku. Dan yang paling menyedihkan, kedua-dua biji matanya tiada dan kemungkinan besar dimakan oleh ikan. Wajahnya memang tidak sama macam wajah arwah. Bayangkan kalau kita sendiri yang kena benda macam ni, tangan dan kaki diikat. Macam mana nak melepaskan diri dan cuba untuk pertahankan diri kita ? . Leher dikelar?, leher arwah dikelar semasa dia masih bernyawa atau sudah tidak bernyawa lagi?. Betapa terseksanya arwah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya... Dan, persoalannya sekarang.. Siapa pembunuh itu? . Jeng jeng jeng....








Sebelum arwah hilang, arwah pergi ke Mydin. Di dalam cctv, ada dua orang lelaki yang berjumpa dengan arwah di tangga hadapan mydin. Arwah melulu masuk ke dalam kereta untuk melepaskan diri. Selepas itu, ada dua kereta dan beberapa biji motor mengejar arwah. Dan selepas itu, arwah terus hilang dan tidak dapat dikesan lagi .. Semasa arwah hilang, arwah memandu sebuah kereta. Kereta yang dipandunya juga tidak dapat dikesan selama arwah hilang sehinggalah pada hari rabu, kereta iswara yang dipandu arwah telah dijumpai di Sayong. Sebelum hari kejadian, arwah katanya bergaduh teruk dengan seorang lelaki disebabkan sesuatu. Jadi, tidak mustahil yang kehilangan arwah ada kena-mengena dengan lelaki tersebut.....



**Al-fatihah untuk Abdul Rashid bin Ismail. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.